TEMPAT MENARIK DI JEPUN

Tokyo Sky tree

1.TOKYO SKY TREE

Tokyo Sky Tree adalah stesen penyiaran televisyen terbaru juga menjadi mercu tanda Tokyo. Bangunan ini merupakan bangunan tertinggi di Jepun. Terdapat shopping complex dan aquarium terletak di bahagian bawah bangunan ini.Apa yang istimewa tentang Tokyo Sky Tree ini ialah observatory deck yang menawarkan pemandangan bandar Tokyo yang sangat cantik. Terdapat 2 observatory deck pada ketinggian 350m (Tembo Deck) dan 450m (Tembo Gallery), menjadikan ianya sebagaio bservatory deck yang tertinggi di Jepun dan juga antara yang tertinggi di dunia. Jika anda ke sini, jangan lupa beli souvenir sebagai kenangan. Ada antara cenderamata yang dijual disini tidak dijual ditempat lain.

 

Tokyo-Disneyland

2. TOKYO DISNEYLAND

Bagi penggemar rancangan kartun Disney, anda wajib pergi ke Disneyland. Tokyo Disneyland mempunyai 7 themed land. Antaranya adalah Tomorrowland, World Bazaar, Toon Town, Critter Country, Fantasyland, Westernland and Adventureland. Setiap themed land mempunyai permainan yang berlainan, dari yang sesuai untuk kanak-kanak sehinggalah permainan extreme untuk pengunjung dewasa. Jika anda merancang untuk ke Disneyland, pastikan anda boleh menghabiskan masa seharian di sini. Ini kerana pada waktu malam, ada diadakan persembahan bunga api sebagai penutup.

 

hakone-fuji-cuti-jepun

3. HAKONE SIGHTSEEING 

Tasik Ashinoko terbentuk disebabkan letusan gunung berapi Hakone sejak 3000 tahun dahulu. Keistimewaan tasik ini adalah keindahan kawasan sekitar tasik yang berlatar belakangkan Mount Fuji. Ianya menjadi simbol istimewa Hakone pada hari ini. Anda dikira beruntung jika dapat melihat pemandangan yang jelas tanpa hadangan disebabkan awan atau kabus. Waktu yang sesuai adalah pada ketika musim sejuk, awal pagi atau lewat petang.Anda disarankan untuk menaiki bot cruise untuk menikmati dengan lebih lagi keindahan tasik ini.

 

takeshita-street-harajuku          pakej_murah_jepun

4. HARAJUKU

Harajuku merupakan kawasan membeli-belah yang terkenal dengan gaya fesyen terkini. Ini menjadikan ianya sebagai satu tempat yang sangat digemari oleh anak-anak muda yang mementingkan fesyen. Perlu diingatkan, pakaian cosplay(costume playing) yang dipakai oleh anak-anak muda yang gemar meniru gaya rock artis ataupun karakter anime kegemaran mereka bukanlah gaya fesyen yang ditonjolkan di Harajuku Fashion Street.Remaja-remaja yang berpakaian cosplay ini boleh dilihat bermula pada waktu tengah hari, setiap Ahad bertempat di sekitar jambatan yang terletak bersebelahan dengan Harajuku Station. Selain itu, Harajuku juga terkenal dengan deretan kedai cenderamata, restoran sertaCafé dan kedai menjual CREPES terbaik di Harajuku.

 

Advertisements