TEMPAT WAJIB PERGI DI KOREA

  1. Gyeongbokgung

    8e1f43151c3ac01657fd1e9440ab1ecc.jpg

Gyeongbokgung merupakan istana yang paling utama dan terbesar pada era pemerintahan Dinasti Joseon. Kedudukannya sangat strategik kerana dilindungi oleh Gunung ganang di utara dan Sungai Han di selatan.

Istana ini kaya dengan senibina tradsonal Korea. Di sini juga kita dapat menyingkap sejarah kegemilangan  Dinasti Joseon Korea. Senibina Gyengbokgung masih dikekalkan dan diabadikan untuk tatapan anak muda Korea dan juga pelancong di seluruh dunia. hari ini, Gyeongbokgung menjadi simbol semangat jitu masyarakat Korea Selatan.

2. THE KOREAN BLUE HOUSE

2826633.main_image.jpg

Di Gwanghamun Square ni ada Tugu peringatan King Saejong The Great (salah seorang Raja dinasti Joseon dan beliaulah yang mencipta huruf korea). Terdapat juga tugu peringatan laksamana Yi Sun Shin. Di bawah Gwanghamun square terdapat Museum pringatan King Saejong dan Laksamana Yi Sun  Shin.

3. INSADONG

seoul-south-korea-wide-7.jpeg

Kalau Anda nak beli hadiah dan cenderamata dari Korea untuk keluaraga, sahabat dan orang tersayang, datanglah ke Insa-dong. Jalan ini dipenuhi dengan kedai2 yang menjual cenderamata pada pada harga Agak yang berpatutan. Selain itu, kalau fasih berbahasa Korea, boleh tawar menawar.  Kat sini juga Banyak barang2 perhiasan macam gelang, rantai dan lain2…

Kalau anda bernasib baik dan datang pada masa yang sesuai, dapat lihat persembahan kebudayaan di Insadong ni. Sambil shopping boleh belajar budaya Korea.

4.NAMSAN TOWER

n-seoul-tower-on-mt-namsan-680x1024

Namsam Tower terletak di tengah Namsan Mountain yang merupakan sebuah gunung yang berada di tengah2 kota Seoul Di sekitar Namsan terdapat banyak tempat-Tempat yang menarik untuk Anda lawati.

5. ITAEWON

Sel2381.jpg

Kalau nak cari makanan halal kat Korea, pergi lah ke Itaewon. banyak restoran halal kat sini. Macam-macam pilihan ada, nasi arab, kebab, masakan india, dan juga masakan Malaysia. masakan korea yang halal pun ada Disini. Di Itaewon juga terdapat Masjid Besar Korea. Kepada yang muslim kalau melawat Korea kenelah pergi sini. Lihat bagaimana syiar Islam bertapak di bumi asing.
6. Cheonggyecheon Stream.
cheonggyecheon-stream-58730.jpg
Merupakan anak sungai yang mengalir di tengah-tengah kota Seoul, namun kebersihannya terjaga dan keindahan terpelihara. Pada tahun 1970, anak sungai ini pernah hilang dari bumi Seoul akibat kekurangan punca air dari gunung dan pembangunan pesat di tebing sungai. Pada tahun 2005, kerajaan Korea selatan Telah memulakan usaha memulihara sungai ini. Yang menariknya, punca air sungai ini diperolehi dari mata air bawah tanah. Kini, anak sungai cheonggyechon merupakan lokasi untuk warga Korea bersantai selepas penat berkerja. Pemandangan di sepanjang anak sungai ini amat indah dan unik terutamanya pada waktu malam. Terdapat air pancut dan air terjun di permulaan sungai dan pelbagai ukiran seni di sepanjang tebing sungai.
7. HANGANG PARK
caption.jpg
Bagi sesiapa yang suka Aktiviti  beriadah, boleh la berkungjung ke Hangang Park. Terdapat banyak taman di sepanjang sungai Han dengan pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan. Tteukseom Theme Park, tempat mandi manda dan beriadah terutamanya pada musim panas Pada musim sejuk, taman tema ni akan bertukar menjadi medan untuk main luncur salji….
8. Banpo Moonlight Rainbow Bridge
Banpo Bridge Rainbow-Fountain.jpg
merupakan jambatan yang besar ( 2 tingkat) dan panjang dan dihiasi dengan air air pancut yang berwarna warni. Air pancut tu Juga Boleh Menari,  Ada dua cara untuk menikmati keindahan di rainbow bridge ni. Yang pertama pergi ke tepi jambatan, Atau Boleh naik subway dan turun kat stesyen Dongjak, lepas tu jalan kaki dalam 5 minit.
9. LOTTE WORLD
385692_2713056799744_1656648321_2081350_217325947_n.jpg
Kalau anda rasa pergi Genting best,  Lotte World 10 kali lagi best… Taman Tema indoor dan outdoor ini memang hebat. Terdapat pelbagai permainan yang boleh menyebabkan adrenalin  rush.
10. PULAU JEJU
jeju.jpg
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s